Tuesday 31 March 2009

Petang maghin'




Kemaghin sesi laih aku jadi lab demonstrator untuk kelaih hari Isnin. Hari Jumaat ni plak sesi last untuk kelaih yang satu lagi. Dah tu aku bawak la kamera. Saja ja nak amik gambaq kenang-kenangan la kira. Gambaq studen tak ambik banyak pun. Banyak ambik gambaq Mantas la, satu partner demonstrator. Dia asai dari Lithuania. Punya la tinggi melayut. Aku tak brapa buleh sangat ambik gambaq dengan dia. Beza antara langit dan bumi jugak jadinya. Kebanyakan aku ambik gambar dia sorangla, dengan bekgron budak-budak duk buat eksperimen.

Lepaih pada tu, Mantas ni duk tanya la jugak pasai kamera ngan ekseseri. Aku pun bagitau takat mana yang aku tau la. Dah-dah tu dia pun bagitau la yang dia pun terkebetulan ada bawak gak kamera dia. Sony 300alpha kalu tak silap. Belakang, aku pun suruh la dia pi amik kamera dia tu. Aku nak tengok jugak.

Dia pun pi la amik. Paih tu ajak aku p terai test amik gambaq kat luaq. Tak jauh mana pun, kat seblah Haris Building ni ada taman mini. Dan la jugak test pat lima nam kali snap. Saja ja. Aku test kamera dia, dia test kamera aku. Dia ada tanya aku, nak join dak pertandingan fotografi yang unibesti tengah buat la ni. Aku habaq kat dia aku tak mau join. Dia tanya pasaipa, tak mau terai ka. Aku jawap, takdak aih, saja ja tak mau. Lagipun ramai hak yang masuk banyak yang tera-tera. Tapi kalau hang nak terai ok ja aku kata. Mana tau nasib.


Kat Taman





















Paih pada tu, dia bawak saja bawak aku pi kat lab fotonik dia. Ngan takdak keja petang tu, aku snap la gambaq radas dia sekali ngan suruh dia eksyen konon-konon tengah dok buat eksperimen. Tu ja la. Mengkala-mengkala lepaih ni ada la jugak memba kalau nak ambik gambaq saja-saja kat depatmen ni. Kalau geng melayu Dundee besa ada Amal ngn Abang Amet la. Tapi la ni Abang Amet dah jarang wak keluaq kamera dia.


Melayut




Buat pa tu?





Duk renung pa tak tau

Thursday 26 March 2009

Surihan balik awan



Salah siapa yang kau lihat

Salah aku atau kamu
Atau jua salah mereka
Samudera hitam kan terbelah bagi
Kan nanti, kamu kemana
Sebelah sini yang kamu pilih
Atau sebelah sana
Atau kamu juga ikut terbelah
Menggenggam bara, kian terpadam
Mengapa enggan, mengapa usah lepas
Jalan terang ada di depan
Pandanglah jauh, lepas, jangan berhalang
Kamu terus aja berjalan
Kan tiba nanti di satu perbatasan
Lihatlah pada garis sempadan yang telah terlewatkan
Bahawa kamu hanyalah kembara yang hilang
Panduan jua pedoman
Di dunia luas nan terbentang
Ayuh, teruskan langkahmu, dan cari sinar terang
Yang barangkalinya cuma surihan dari balik awan

Wednesday 25 March 2009

Lembaran baru kan terbuka



Awan larat berarak laju. Bawa bersamanya gumpalan-gumpalan hitam cuba memenuhi sejenak ruang angkasa. Angin dari semalam bertiup kencang, semakin kencang. Gumpalan hitan itu pastinya kan menutup mentari yang sinarnya kian terhalang. Hujan akan turunkah?

Semalam Sandi ada menerima satu envelop kuning. Envelop yang dihantar oleh Home Office UK. Terbukanya envelop kuning itu membuatkan sebuah lembaran lain terbuka. Arahan pulang ke negara asal tercatit kemas pada surat yang dilampirkan. Hanya kerana permohonan pelanjutan visa tidak diluluskan.

Aku sekadar tergamam. Tiada kata-kata mampu ku ungkapkan. Mungkin masanya sudah tiba. Dan aku menjadi saksi atas masa itu.

Ramai juga yang memberi cadangan dan pandangan.

"carila housemate lain"-kata seorang itu
"alamak, baru sign contract dengan agent"-kata dia
"rasa camna? takdak perasaan ka"-kata Upi
"try tanya budak ni, mungkin dia mau pindah"-kata seorang lagi
"kena la kawin kalau tak jumpa housemate"- kata Kak Maziah

Aku memerhati keluar tingkap pohon hijau yang rantingnya melambai-lambai dihembus sang angin. Awan mendung semakin hitam, semakin gelap.

Saturday 21 March 2009

Random Questions Tag



1) Were you named after anyone?
Yup. Kalau ditambah Imam pasti diketahui saja siapa yang dimaksudkan.


2) When was the last time you cried?
Em... tak ingat. But big boy don't cry.


3) Do you like your handwriting?
Sometimes. But not really.


4) What is your favourite lunch meat?
Chicken. Yup, definitely.


5) Do you have kids?
No. Not yet.


6) If you were another person, would you like to be friends with you?
Em, I need to figure out what type of another person that I am. Maybe yes, I would like to.


7) Do you use sarcasm?
Sometimes, especially to the right person at the right time.


8) Do you still have your tonsils?
Nope.


9) Would you bungee jump?
Nope. Huish......


10) What is your favourite cereal?
Koko Krunch


11) Do you untie your shoes when you take them off?
Nope, lambat nak pakai nanti.


12) What is your favourite ice?cream?
Paddle Pop Rainbow? Not really remember, but I think you got what I mean.


13) What is the first thing you notice about people?
Friendly. Difficult to get along if it's not there.


14) Red or pink?
Em... (Thinking about Ferrari), yes. Red.


15) What is the least favourite thing about yourself?
Easy to loose by a simple distraction.


16) Who do you miss the most?
Family.


17) Do you want everyone to complete this list?
Pali Florida. Getcha hand dancing bro.


18) What colour of trousers and shoes are your wearing?
Trouser, nope-Pelikat Maroon kotak-kotak, yes.
Shoes, nope. Kaki ayam.


19) What are you listening to right now?
Clock ticking.


20) If you were a crayon, what colour would you be?
Red


21) What is your favourite perfume?
Never had one, never come in mind.


22) The last person you talked to on the phone?
Seorang kenalan yang kini berada di Selangor dan esok ke Pulau Pinang.


23) Do you like the person who sent you this?
Upi? Em.. kinda (hehehe...)


24) Favourite sports to watch?
FIFA World Cup. Er... football (once in 4 year).


25) Hair colour?
Black.


26) Eye colour?
Brown.


27) Do you wear contacts?
Nope.


28) Favourite food?
Nasi ayam.


28) Scary or happy endings?
Happy.


29) Last movie you watched?
He's Not That Into You (cinema-2 weeks back)
Happy Gilmore (DVD-yesterday, while having dinner)


30) What colour of shirt are you wearing?
Black and grey.


31) Summer or winter?
Summer.


32) Favourite dessert?
Entah. Asal nama dessert balun ja.


33) Most likely to respond?
Pali Florida.


34) Least likely to respond?
Still, Pali Florida.


35) What books are you reading?
Ordinary book? Nope rite now. Holy Quran, yes.


36) What is on your mousepad?
Techika Mouse.


37) What did you watch last night?
Tengok skit2 cerita Antoo Fighter? Tak abis.


38) Rolling Stones? Beatles?
Beatles. I know 1 or 2 of their song.


39) Where is the last country you have been visited?
England. Still a country.


40) Do you have a special talent?
I... don't know. My friends probably know.


41) Where were you born?
Perlis.


42) Whose answers are you looking forward to getting back?
Anyone.

Thursday 19 March 2009

Angin

Terasa seakan selembut bak sutera dewangga angin yang bertiup ini
Angin kerinduan apakah ini?
Lain benar rasanya
Pada Malaysia kah?
Pulau Pinang?
Nasi Kandar?
Atau pada keindahan persada-persada perjuangan
Mungkin jua persada kemanisan iman
...
Dan teruskan langkah berjuang


Suhu, Spring, Sampel

Suhu

Suhu semakin meninggi sekarang. Sudah boleh pakai sweater biasa kalau keluar berjalan. Kadang-kadang mencapai 11 darjah, tapi masih belum stabil. kadang-kadang turun juga sampai ke 2-3 darjah. Masih belum boleh dipercaya, masih belum boleh diharap.


Spring

Musim bunga sudah bermula, walaupun belum sepenuhnya. Banyak juga spesis-spesis bunga sudah mulai mengembang. Bunga daisy ada kelihatan sikit-sikit. Bunga tulip depan Registry Office masih belum matang. Spesis-spesis yang lain masih bertunas. Mungkin dalam 2-3 minggu lagi pemandangan akan jadi lebih indah, bila kebanyakan bunga-bunga sudah berkembang mekar. Masa itu nanti juga arnab-arnab liar (hare) akan keluar bergurau senda dan bermain-main.


Sampel

Semalam sudah pancarkan beberapa sampel dengan excimer laser. Kalau berkesempatan, hari ini mahu perhatikan keadaan mikrostrukturnya. Sepatutnya perlu buat temujanji dengan Dr Gari Haris yang bertanggungjawab menyelia peralatan mikroskop elektron terlebih dulu.

Tuesday 17 March 2009

Pengawal-pengawal Persempadanan Terlarang



Aku kembara ke lembah itu seperti selalu. Di atas batas sebelah sana terlihat tuan itu sedang melayan beberapa tamu yang belum pernah terlihat. Lalu aku duduk dahulu di atas bangku di pinggir deretan pohon pagar hiasan. Menunggu tuan selesai tugas melayan para tamunya.

Sekali sekala aku memerhati kelibat tamu-tamu itu. Perwatakan mereka agak serius. Barangkali seirama dengan perkara yang diperbincangkan dengan tuan itu. Aku juga dapat perhatikan wajah mereka yang sedikit terkilan. "Agaknya, apalah permasalahan mereka", getus hati kecilku.

"Assalamualaikum. Apa perkhabaranmu tuan?" Aku menyapa sang tuan tika tamu-tamu tadi usai melangkah pergi. Dan aku bingkas bangun dari bangku lalu menghulurkan salam.

"Wa'alaikumsalam. Semua baik-baik sahaja. Kamu pula bagaimana? Sudah lama tiada kedengaran berita" tuan itu membalas dan menyambut salamku.

"Hamba juga baik-baik saja. Rindu pada kedamaian pinggiran lembah ini. Sebab itu hamba datang." Kataku sambil perlahan-lahan duduk kembali ke bangku panjang.

"Taman ini amat istimewa bagi hamba. Tiada pernah berubah tika diakhir masa hamba tinggalkan kali terakhir dulu." Aku memulakan bicara.

"Keindahan itu datangnya dari Tuhan Yang Maha Agung. Dia bisa menciptakan, Dia juga bisa melenyapkan. Kita juga ini datang daripadaNya, juga akan kembali kepadaNya." Balas tuan.

"Ya, itu benar sekali." Aku mengiyakan katanya.

"Jika tidak keberatan, bolehkah hamba bertanya barang satu dua soalan?" Tanyaku yang kepingin tahu.

"Barang apa soalan bisa ditanya. Tapi barang jawapan itu tidak selalu pasti akan dijawab. Maka dengan itu, ayuh, tanya saja apa-apa soalan yang berlegar di minda tuan hamba." Balasnya dengan bersahaja.

"Tetamu yang beramai tadi siapakah gerangan? Wajah mereka langsung tiada senyuman. Seakan pejuang dalam perjalanan berperang. Apakah agaknya barang perkhabaran yang mereka bawakan pada Tuan?" Aku lantas melontarkan soalan-soalan yang sekian kali bermain difikiran.

"Soalan itu sudah hamba duga. Sukar bagi hamba mengungkapkan siapa gerangan mereka. Sukar jua merungkaikan permasalahan yang mereka hadapi." Katanya sambil memandang jauh kearah lintasan tamu-tamu tadi menghilang.

"Tetapi ya, memang benar. Mereka itu pejuang. Mereka itu pengawal-pengawal persempadanan terlarang." Tambahnya lagi.

"Pengawal persempadanan terlarang?" Lantas aku tertanya.

"Ya. Mereka bertugas sepanjang masa. Menjaga persempadanan agar tak terlewatkan" Balasnya ringkas.

"Tapinya, mereka bekerja untuk siapa? Menerima arahan dari siapa?" Tanyaku yang masih kurang jelas.

"Mereka menghadapi beberapa permasalahan. Sebelum menjadi pejuang, mereka itu adalah pemerhati arus masa yang beredar. Tika permasalahan kian mendatang, mereka datang dan adukan pada hamba. Dan supaya permasalahan dielakkan dari meruncing, hamba hantarkan mereka berkawal di persempadanan sana. Kerna, itu yang hamba pikirkan terbaik bagi lembah penghidupan ini." Terangnya dengan bersungguh-sungguh.

"Begitu sekali rupanya. Tidak hairanlah mereka itu tegas semacam." Kataku yang kini turut melemparkan pandangan ke kedudukan pejuang-pejuang tadi menghilang.

Aku alihkan pandangan ke hadapan, jauh ke ufuk barat. Jawapan tuan tadi terus bermain-main di segenap ruang fikiran.

Dan sinar mentari dibalik awan kian redup pancarannya. Petanda hari kian menganjak hampiri senja. Petanda malam juga bakal tiba.

Thursday 12 March 2009

Refleksi




Entri berjudul Catatan Dua-Tiga Hari Lepas agak unik.
Ada refleksi oleh penulis yang satu lagi.
Untuk membaca sila ke sini.
Dan untuk lihat hasil projek video klip yang dinyatakan sebelum ini, sila ke sini.


Tuesday 10 March 2009

Catatan Dua-Tiga Hari Lepas

1. Sudah beberapa hari tidak update. Terlalu sibuk dalam 2-3 hari lepas. Upi datang dari Durham petang Sabtu. Sebelum jemput dia si stesyen keretapi, aku sempat ke Poundland untuk beli 2 biji bantal untuk dimuatkan ke satu lagi cusion makhluk berbulu besar.

2. Petang itu tidak buat apa-apa. Aku pun tidak masak apa-apa pun. Kebetulan, sebelah malamnya Abang Tarmidi dan Kak Ika ada buat bachelor party (jamuan makan untuk orang lelaki bujang). Jadi, dinner dekat sana saja. Sedap juga asam pedas hasil air tangan Kak Ika. Ramai juga datang termasuk Irfan- teruna bongsu Kak Maziah dan Zaquan yang baru sampai dari Malaysia 2 hari sebelum itu.

3. Ahad haritu pergi carboot lagi. Sempat dalam keadaan salji yang turun manja-manja (pinjam ayat Abang Tarmidi), aku sempat sambar beberapa barang. Itupun, peniaga carboot kali ni tak ramai.

4. Tengah hari pergi melawat famili Bro Zahirudin kat Abbotsford Street. Sempat lunch sekali. Lama juga tidak nampak Kak Ina. Tak lambat lagi dah nak dapat baby baru. Lama juga tak main-main dengan Luqman dengan Balkhis. Sikit hari lagi mereka akan dapat adik baru.

5. Petangnya pula ada sesi buat video klip terbaru Upi. Suasana kat luar sangat sejuk. Jadi kami tak pergi jauh-jauh. Setakat shoot di Annfield Road yang tak sampai seminit pun berjalan kaki dah sampai. Tapi shoot punya shoot, terlajak juga sampai ke Hawkhill di seberang sana.

6. Teringin nak pergi ASDA. Mintak kebenaran nak pinjam kereta Kak Maziah. Walaupun tak dapat Ford Focus, Fiat Bravo pun ok. Punya la bershopping dan buat aktiviti lain, pukul 10.30 juga baru sampai rumah. Niat nak bagi kunci kereta malam tu juga terpaksa cancel.

7. Pukul 10.30 isnin pagi ada meeting dengan supervisor, Prof Merv dengan Dr Fan dan Dr Amin. Agak berhasil juga meeting itu. Masing-masing ada idea dan menyumbangkan fikiran. Aku sekadar mengiyakan saja. Harap-harap lepas ni ada banyak lagi progress dalam projek PhD.

8. Petang pukul 2 pula macam biasa, sesi lab dengan student first year. Aku ada text Upi tanya sama ada dah bangun atau belum? X lagi-sempat pulak dia reply text.

9. Pukul 5 petang baru sampai rumah. Masa tu dia baru saja bangun. Sudah makan sebab Sandi ada masakkan sesuatu. Tapi aku nampak dia masih mamai-mamai lagi.

10. Aku masak tom yum seafood malam itu. Dan juga buat telur dadar. Kami makan bertiga-termasuk Sandi sekali.

11. Sangat letih malam itu. Aku masuk tidur awal juga. Upi tak tidur langsung. Study dan buat kerja editing video klip terbaru barangkali. Lagipun siang tadi sudah tidur seharian.

12. Pagi tadi hantar dia ke stesyen keretapi. Dalam 20 minit juga berjalan kaki. Tak jauh sangat pun rupanya. Selepas itu terus ke sekolah dan buat kerja macam biasa.

Friday 6 March 2009

Jangan Dibiar Tewas Sendiri

Api yang menyala
Menggiring sapanya angin senja
Luka sekeping hati
Jangan dibiar tewas sendiri
Biar saja awan terus kejaran dulu
Kan sampai nanti di kakinya langit
Semua itu kan menyatu
Dan tika itu kamu juga ikut bangkit



-machinashire 2009

Thursday 5 March 2009

Soal Jawab




E-mel yang agak lucu dibawah diterima penulis semalam dari mailing list Melayu Dundee. Ya, agak menghiburkan juga memikirkan soalan-soalan yang dikemukakan dan apakah jawapannya.

10 soalan yg sukar untuk dijawab.....


1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?

2. Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?

3. Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?

4. Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?

5. Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?

6. Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?

7. Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F, G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?

8. Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?

9. Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?

10. Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di’atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?


Di masa terluang ini, penulis terpikir untuk memberikan jawapan yang terlintas untuk soalan-soalan terbabit.

1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?
Director tak bagi simpan jambang. Nanti rating penonton jatuh. Sudahla jadi makhluk yang tinggal dalam hutan, berkawan dengan gorilla, pakai cawat, kalau ada jambang jadi bertambah huduh pula.

2. Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?
Untuk keselamatan la. Safety first. Kalau hantu yang dalam iklan raya pun bila tak pakai tali pinggang keledar pun tercampak keluar. Apatah lagi mamat kamikaze yang hanya insan biasa. Kalau hantu iklan raya nak tumpang naik motor pun kena pakai topi keledar. Kalau tak ada extra, jangan bagi naik. Lainla dia sendiri dah ada.

3. Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?
Tengok cuaca hari tu la. Kalau hari tu mendung, cepat(laju) la kegelapannya. Kalau hari tu cerah, tiada awan berarak. Lambatlah kegelapan hari tersebut.

4. Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?
Sebab bayi tak ada istilah 'selagi tak tutup mata, keje, keje, keje'.

5. Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?
Supaya harapnya, pembakar roti tu lekas jahanam(rosak). Jadi, customer akan beli baru lagi. Strategi pemasaran la ni.

6. Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?
Barang-barang dalam ruang sejuk beku sedang berhirbenasi. Sangat tidak suka pada cahaya walaupun cahaya dari luar. Kalau nak buat masak-makan, sila keluarkan dan defrost. Jangan cari pasal nak letak lampu pulak dalam ruang tu time hirbenasi.

7. Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F, G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?
Cuba nyanyi sampai habis. Mana ada sama. Lagu A,B,C, tu nak bagi budak nursery hapal ABC cepat dan mudah. Ala, macam lagu-lagu Raihan. Senang nak hapal nama Nabi-nabi, Malaikat dan sebagainya.

8. Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?
Tengok juga butang apa. Kalau butang tingkat berapa, nak pastikan lif betul-betul akan pergi tingkat tu. Ala, macam minyak masak Seri Murni yang pakai dua kali pemeringkatan tu. Kalau tekan butang tutup pintu lif banyak-banyak kali tu sebab dengan harapan lif tutup cepat-cepat dan taknak bagi orang lain (terutama stranger) masuk lagi.

9. Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?
Biasala, release tension kat remote walaupun marah kat benda lain.

10. Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di’atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?
Berfikir, maksudnya otak kita masih normal. Benda-benda diatas adalah biasa dan natural. Tidak membawa kepada perpecahan dalam masyarakat dan tidak perlu perubahan ketara.


Jawapan-jawapan yang diberikan adalah muktamad, tidak memberikan pandangan sebenar penulis terhadap isu yang dibangkitkan dan sekadar suka-suka sahaja.
Sekian.

Wednesday 4 March 2009

Overdose dan Hari Ini

Terasa berat kepala ini. Mungkin disebabkan kisah semalam.

Huargh...


























Semalam buat banyak kerja yang menggunakan otak. Bila guna otak, kena ambil bahan sampingan sebagai peneman dan penyegar mata. Apa lagi kalau bukan kafein. Sehingga tak tersedar, sudah tiga jenis variasi sudah tertelan. Dari Nescafe Gold, bawa ke latte hingga ke cappucino. Oh ya, kadar biasa pengambilan kafein (berasaskan kopi) bagi penulis adalah secawan (mug) sehari. Tetapi pengambilan adakala dibenarkan sehingga takat maksimum yakni 2 cawan. Manakala, jika telah mencapai sehingga 3 cawan, klasifikasi overdose akan digunapakai.

Dan bila overdose, penulis tidak akan dapat tidur dengan mudah diwaktu malam. Jika dapat tidur pun nanti akan terjaga dengan mudah sekitar 3 pagi lalu kepeningan. Kemudian terpaksa bangun awal. Berlaku distortion waktu tidur disebabkan perturbation kandungan kafein dalam tubuh.

Waktu siangnya pula dihimpit oleh ketidakcukupan tidur malam tadi. Sudah lali-lali dan berat kepala. Tapi tidak boleh ambil kafein lagi. Keseimbangan normal belum tercapai.

Lepas ini ada sessi perbincangan dengan Dr Amin Abdolvand dari Photonics and Nanoscience Group. Jenuh nak memerah otak lagi.

Tapi ternanti juga malam ini. Dr Saydulla Persheyev jemput untuk sessi makan malam bersama geng-geng Material Research Group. Hidangan masakan Uzbekistan katanya. Lihat saja nanti.

Tuesday 3 March 2009

Makmal Pelajar Tahun Satu

Sekarang, dalam setiap minggu, hari Isnin dan hari Jumaat adalah hari yang sibuk. Petang dari pukul 2 hingga 5 ada sesi bersama pelajar yang ambil kursus makmal tahun pertama. Kebetulan ada hari itu terbawa kamera, jadi ambil peluang snap beberapa scene.




Rajin partner ni




Geek ada, control macho ada




Yang suka main-main pun ada, serius pun ada




Kasih terjalin oleh penjana Van der Graaf dengan percikan cahaya keatas kubah logam yang dibumikan






































































Sessi kali ni adalah bersama pelajar jurusan Product Design dari Pusat Pengajian Seni. Aik? Budak seni pun amik lab fizik? Entahla... Itu admin punya hal. Tapi agak teruja bila dapat kesungguhan budak-budak ini berusaha sedaya upaya habiskan keseluruhan sessi eksperimen dengan jayanya walaupun dalam salah satu eksperimen tu, mereka tak tau pun Hukum Kirchoff itu apa. Buat sahaja dan dapat results. Jika tidak pasti, mereka tidak segan silu bertanya kepada encik demonstrator yang sedia membantu.



"... If we take your eraser as an example, ummp, I mean ruler..."

Dan sempat pulak encik demonstrator tersasul, ruler disebutnya eraser. Hehe...


Monday 2 March 2009

Manfaat

Kejap tadi penulis ada memeriksa daftar masuk-keluar pengunjung laman blog ini. Terkejut juga bila dapati ada seorang pengunjung menyinggah kerana mencari "persamaan serentak in english" melalui enjin carian google.



Dan keputusannya, entri Peribahasa Matematik termasuk dalam senarai carian (seperti dalam gambar). Lalu penulis terfikir sendiri. "Dalam duk merapu-merapu, tulis benda-benda yang takdak pekdah, ada juga yang beroleh manfaat rupanya..."

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO